Malaikat Pencatat Selawat
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan
untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari
pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik
bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia
tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan
jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa
yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang
bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap
diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a
berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam
saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang
dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya,
maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi
s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang
berbahagia itu."
Abu Hurairah r.a
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang mukmin akan
dibalas oleh Allah S.W.T dengan ganjaran yang setimpal sekalipun amalan
itu Cuma sekecil zarah.
Ii) Di hari akhirat kelak, bagi orang yang
membanyakkan ‘jenis’ amal kebajikannya, para malaikat syurga akan
memberikan kemuliaan dan penghormatan yang tinggi kepada mereka sehingga
masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk melalui pintu yang
dijaganya.
Iii) Sebaik-baik amal adalah yang disertai dengan hati
yang ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T bukanlah untuk
menunjuk-nunjuk (riya’) dan sebagainya kerana hal ini amat dibenci oleh
Allah.
iv) Di samping melakukan ibadah wajib kita juga digalakkan
mempelbagaikan amalan sunat kerana yang demikian itu boleh menguatkan
ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.
